Saturday, 30 June 2012

bersediakah? bersediakah ? ^^

BERSEDIAKAH KAMU MENJADI SUAMI? #01

Allah berfirman: “Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan, oleh kerana Allah telah melebihkan orang-orang lelaki (dengan beberapa keistimewaan) atas orang-orang perempuan.” [al-Nisa' 4:34]

Sebagai pemimpin, bakal suami hendaklah memiliki ilmu rumahtangga, akhlak yang menterjemah teori kepada praktikal, disiplin yang tinggi serta wawasan yang luas. Jika sebelum ini pernah menjadi pemimpin, seperti pemimpin kelab, persatuan, rombongan atau jabatan, maka ia adalah pengalaman yang boleh dikembangkan dalam kepimpinan rumahtangga.

Bagi yang belum pernah, maka alam rumahtangga adalah suasana yang baik untuk mula melatih diri menjadi pemimpin. Terasa sukar? Jangan bimbang. Lantiklah isteri anda menjadi timbalan pemimpin untuk bersama-sama saling membantu mengemudi bahtera rumahtangga.

Di sini perlu diingatkan bahawa kepimpinan anda sentiasa dicatit markahnya oleh malaikat di bahu kanan dan kiri. Oleh itu berwaspadalah, jangan menjadi pemimpin yang ego dan zalim. Setiap langkah dan ciri kepimpinan anda akan dipersoalkan semula oleh Allah pada Hari Akhirat kelak.


BERSEDIAKAH KAMU MENJADI SUAMI? #02

Lanjutan dari ciri seorang pemimpin, bakal suami hendaklah tegas dalam membimbing isteri. Kelak apabila dianugerahkan cahaya mata, suami juga hendaklah tegas dalam membimbing anak-anak.

Allah mengingatkan: “Wahai orang-orang yang beriman! Sesungguhnya ada di antara isteri-isteri kamu dan anak-anak kamu yang menjadi musuh bagi kamu; oleh itu awaslah serta berjaga-jagalah kamu terhadap mereka. Dan kalau kamu memaafkan dan tidak marahkan (mereka) serta mengampunkan kesalahan mereka (maka Allah akan berbuat demikian kepada kamu), kerana sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” [al-Taghabun 64:14]

Oleh itu dalam institusi perkahwinan, suami adalah pemimpin dan bukan yang dipimpin, penjaga dan bukannya dijaga serta pengawal dan bukannya dikawal. Namun ketegasan bukanlah bererti bengis dan menakutkan, sebaliknya hendaklah bersikap memaafkan dan tidak marahkan mereka serta mengampunkan kesalahan mereka.

BERSEDIAKAH KAMU MENJADI SUAMI? #03

Suami merupakan pemelihara agar ahli keluarga tidak masuk ke dalam api neraka.

Firman Allah: “Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka yang bahan-bahan bakarannya: Manusia dan batu (berhala); Neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat yang keras kasar (layanannya); mereka tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahkan-Nya kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan.” [al-Tahrim 66:06]

Justeru anda perlu melengkapkan diri dengan ilmu-ilmu agama dan seterusnya mendidik ahli keluarga serta memastikan mereka mempraktikannya. Lebih penting, anda hendaklah paling kehadapan dalam mempraktikkan ilmu-ilmu agama tersebut. Jangan sekadar menyuruh ahli keluarga mendirikan solat tetapi anda tidak solat, jangan sekadar menyuruh ahli keluarga menutup aurat tetapi anda mendedahkan aurat.

Allah memberi amaran: “Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak melakukannya! Amat besar kebenciannya di sisi Allah kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya.” [al-Saff 61:2-3]

BERSEDIAKAH KAMU MENJADI SUAMI? #04

Termasuk persediaan menjadi suami ialah kesedaran bahawa anda merupakan sumber kewangan rumahtangga. Justeru anda bertanggungjawab menyediakan nafkah tempat tinggal, keperluan asas dalam tempat tinggal, pakaian, makanan dan minuman kepada ahli keluarganya. Anda juga bertanggungjawab ke atas kesihatan dan perubatan ahli keluarga seandainya mereka jatuh sakit.

Meskipun nafkah rumahtangga berada di atas bahu suami, ini tidaklah bererti suami mesti memiliki pendapat minima yang tertentu jumlahnya. Setiap suami memiliki kemampuan kewangan yang berbeza dan setiap suami berbelanja untuk ahli keluarganya pada kadar kemampuannya. Tidak ada nilai minimum atau maksimum untuk kadar nafkah ini.

Allah berfirman: “Hendaklah orang (suami) yang mampu memberi nafkah menurut kemampuannya dan sesiapa yang di sempitkan rezekinya, maka hendaklah dia memberi nafkah dari apa yang diberikan Allah kepadanya (sekadar yang mampu).” [al-Thalaq 65:07]

Demikianlah beberapa kualiti yang perlu ada pada seorang lelaki untuk dia menjadi seorang suami. Perhatikan bahawa kualiti-kualiti ini tidak ada ukuran minimum dan maksimum atau batasan tertentu bagi menentukan layak atau tidak.

Ia adalah kualiti yang nilainya relatif, ia akan bertambah apabila anda berusaha untuk memperbaikinya dan akan berkurang apabila anda mengabaikannya. Justeru, lelaki yang sudah bersedia menjadi suami ialah lelaki yang mengetahui kualiti-kualiti ini, memilikinya dan berazam untuk terus memperbaikinya.


                                     nota kecomelan : perkongsian ilmu..hee :))

PERJUANGAN..



# puisi yang sangat2 aku suka... puisi yg muncul bila aku sedang berusaha untuk melangkah.. puisi yg membangkitkan semangat.. puisi yg membuatkan air mata bergenang..
# asa mcm nk post kt hitam, bg semangat kt pinky.. tp xgamak laa.. aku baik lg laa..hehehe..
# wardah, kuat kuat n kuat ! okay! okay?!ye, ok.... heee..
# oki setiana dewi, cantik kan ? muka org solehah mmg sejuk.. xjemu tgk.. aku nih ? moh kita terus berusaha mncari kesejukan itu.. mudah mudahan.. ameen! semoga Allah redha :)

puisi yang dipetik dari buku nih.. ada dh ka kt malaysia eh ? awak, nak buku nih.. haha.. ngengada la hang.. cari sendirik! ok,cari sendiri :(

** hari sabtu yg buat aku jd senget.. tidoq byk... awak, awak mana? mcm chipsmore.. telan nk? haha.. dah3... solat yuk!! assalamualaikum ~ :)

Friday, 29 June 2012

..husnudzon..



bersangka baik dengan manusia, bersangka baik dengan Allah... ' habluminAllah, habluminannas'.. insyaAllah hidop lebih tenang.. positifkan diri wardah... teruskan melangkah... pandang terus ke hadapan... hang layak untuk bahagia.. kuatkan hati, tabahkan diri.. Ya Allah, pelok lah diri hambaMu ini dengan rahmat dan kaseh sayangMu.. didik lah aku dgn taufik dan hidayahMu... Lindungilah aku dari kejahatan makhlukMu Ya Allah.. kurniakan aku kekuatan, kesabaran dan ketenangan dalam menempuh segala dugaan, ujian dlm menggapai redhaMu.. Muhajadah itu kadang perit, tp syurga itu manis.. dan syurga itu bukan percuma harganya... awak...... hati saya teguh.. awak mcm mana? awak.... hmm, x apa lah... senyum ! :)... zZzZzzzzZzzz~ tidoq jom purple...  nanait . . . 

.. perihal dena bahrin yg sweet..

 nak baju kahwen pong cmni.. hohoho :D



 olololo...suwitttttt... weeeee... 


 sweet, hehe... simple, nice, still menutup aurat..

                                          love after marriage, more barokah insyaAllah.. restu mak ayah sangat2 penting okay... rabbi yasser wala tu'assir ~  

* dena yang cantek, dena yg selalu bg inspirasi.. baru 20 tp matang.. suka suka suka.. start tgk video dia kena propose dh jd silent reader dia punya blog.. besh.. harap dpt berkat dia kawen muda..kekeke... wanita yg berkat tuh yg cepat pernikahannya, cepat kehamilannya dan murah maharnya :)

# saja xdak keja nak buat, ada purple nih boleh gak merapu2.. banyak plak post hari nih.. wahaha.. kira apa.. werkkkkk ! love u purple ! nyah kau 'iblis' ! aku kuat.. Allah ada... smile :)

.. subhanAllah ..



subhanAllah.. cantik.. teringin.. tp tak cukup kuat.. mana tau kan one day nt aku betoi2 kuat... insyaAllah... suatu hari nanti.. xpa, menyukai cara berpakaian isteri2 nabi pon dh dpt dh sikit pahala tuh kn ? hihik... insyaAllah suatu hari nanti.. dgn izin awak..eceh! hehe.. yg penting kuatkan diri, berusaha n terus berusaha.. pakai pakaian yg menutup aurat... xnak beratkan ayah dgn dosa auratku.. n suatu hari nanti xnak jugak beratkn suamiku dgn dosa aurat ku.. akan ku berusaha... chaiyok2 !! berusaha untuk menjadi anak yg solehah... WARDATUL SOLEHAH.. wow.. hihik.... salam 'alaik ~ 

.. barokah ..

back to normal ! jangan fikir apa2 dh.. besederhana ok wardah ? Allah akan sediakan yg terbaik.. relax, chill, kawal emosi... banyak kn amalan, persiapkan diri untuk menuju yg kekal abadi.. relax.... hang nih cm xbetoi pon ada.. jgn sampai perasaan memakan diri!ingat! nah tafsiran untuk hari jumaat yg penuh barokah nih..

            '' when u have taken a decision, just put ur trust in Allah '' ( ali imran 159 )


Wednesday, 27 June 2012

.. penat ..

Ya Allah.. aku penat.. penat sgt... asa cm dh xmampu nk melangkah..aku pasrah, aku redha.. pa jd aku yakin dgn segala ketentuan... penat.. tq segalanya

.. kuat ..

Ya Allah... penat... penat dgn tohmahan, penat dgn tanggapan org.. berikan aku kekuatan, kesabaran, ketenangan dlm menghadapi segala ujian dan dugaan nih... moga aku terus teguh... yeahhh ! memang dh teguh pon.. kalau tak teguh, dh lama laa reverse kereta.. huhu... aku tau Allah menduga, menguji setiap hambaNya mengikut kemampuan... aku tau aku mampu... kalau rebah, aku akan bangun, melangkah n aku akan terus berlari.. well.. atlet la katakan..wahaha... orang kecik jiwo besauu ! :D.. Alhamdulillah...syukur dgn setiap ujian Allah... tuh tandanya Allah sayang... dan xmau kita lalai dgn keseronokan duniawi.. ehem2, makin bersedia nk jd wife nih.. cis ! gatai na wardah... hohoho... yakin dgn Allah.. baik itu anugerah, buruk itu ujian ~ jangan risau tentang love story kita mcm mana... just put our trust in Allah... dan Allah akan sediakan yg terbaik buat kita... insyaAllah ! :)

nota kasih sayang : terus kuat, terus melangkah, terus berani ! melangkah dgn iman dan taqwa ! awak, saya teguh ! saya yakin ! awak yakin kan? hehe... psstt2, sebenaqnya jeles saya xda 'circle'.. huhuk...shhhh... :)... love you purple ~

Tuesday, 26 June 2012

=)

; hari yang meletihkan...  tp.... tetap membahagiakan... kn besh kalau saya xmelawan, xmengelak dari dulu ? kompom kita dh halal sekarang nih...hehe...tp rencana Allah tuh terbaik :)..
~ makin brutal pulak aku drive keta sekarang.. drifter... HEBAT ! kekeke...
~awak unik..kdg matang, kdg mcm budak xcukup umoq pon ada, belemoih ! :D
~taktau nk merapu apa aih...gilooo... dushh3 ! jom, mahgrib, al-Quran jgn lupa baca walaupon sekadar 1 muka surat.. bila baca al-Quran, dpt mengawal emosi, n mybe dpt kurangkan sifat membebel..:P.. dalam mengejar kebahagiaan dgn manusia, jgn lah lupa mengejar kebahagiaan yg hakiki dan abadi... cinta manusia tuh wasilah cinta Allah.. semoga Allah titipkan kebahagiaan ini hingga ke syurga... ameen Ya Rabb :)

p/s : style jugak 'ustazah' main game... haha... daaa 'buah hati' :))

Monday, 25 June 2012

..teman baru..

- saya harap saya dpt jd yg terbaik, walaupon mungkin xkn sesempurna yg awak harapkan - :).. tidoq awai.. nk drive jauh esok... jauh la sangat... haha... sleep well 'buah hati'.. saya akan always dgn awak susah senang... 'buah hati' ungu lavender, be nice to me ya ? dgn rasminya awak jd besh frens saya ! cis ! tuh pon ada someone yg kenalkan awak.. hehe.. kalau tak... mmg sy xkenal awak.. saya harap saya terus kuat dan kuat... Innallaha ma'ana... yakin ~ nanait...saya sayang awak purple.. keciwi nih, keciwi... haha... gilo apa aku nih.. :D.. papai..... <3

bakal imam ~

dgn lafaz bismillahirrahmanirrahim, saya bidadari awak merasmikan 'buah hati' baru...hehe.. thanks awak ! saya suka...comel... dushhh ! nk backhand awak boleh ? haha... kaki pukul yg suwitttt... i laik ! saya tggu awak wahai bakal imam.. saya tggu... sama2 kita gapai mardhatillah... hati saya teguh untuk awak.. awk kekuatan saya..terus kuat untuk kita ok ? sila jd vitamin saya, jd tongkat saya.. semoga ikatan kita kuat..saya nk sama2 bpimpinan tangan dgn awak menuju syurga firdaus~ :).. jd imam untuk saya ok ? untuk anak2 kita..wah ! haha..  dlm tgh merapu nih asa mcm nk nangeh..sebab hepi..huhu.. tp awak xsuka saya nangeh.. ;).. saya sayang awak :)..thnksssss hadir dlm hidup saya ! saya xmau janji itu ini, tp saya akan usaha buat yg terbaik..saya akan jd sayap kiri awak... insyaAllah....

...bidadari...

jadilah awak permata... permata yg mampu menyejukkan hati semua... permata yg mampu menyenangkan semua... jadi lah permata yg mampu menjaga kehormatan dirinya... jadilah bunga berduri... seiring dgn nama awak! mawar berduri... hadir awak dalam hidup saya adalah satu ANUGERAH terindah dalam hidup saya... saya yakin sepenuh hati saya... pilihan saya x salah! jadi bidadari saya dunia akhirat ya..... izinkan saya lelap n hembus nafas terakhir saya dalam dakapan awak... saat awak halal bagi saya... pilihan saya x salah untuk jadikan awak ISTERI saya... awak sempurna buat saya bidadari... saya yakin awak mampu jadi permata hidup saya... jadi ibu untuk bakal anak2 kita... lahirkan anak2 yg soleh n solehah! awak mampu meruntuhkan tembok hati saya... awak mampu mengoncang hidup saya... awak kekuatan saya.... tongkat jatuh bangun saya dalam bergelar khalifah... pemimpin... imam... pemburu... saya CINTAKAN awak bidadari... dgn izin ALLAH saya akan sunting awak sebagai isteri saya... permata saya... bidadari saya... sambut lah tangan saya... terima pinangan saya... dan terima nikah saya.... jangan sesekali lepaskan pegangan tangan sya... sama2 kita kejar redha ALLAH.... jadilah bidadari saya dunia akhirat!  x lama lagi saya akan jemput awak... teguhkan hati untuk saya... kuatkan hati untuk saya... saya akan jemput awak dgn cara saya cintakan awak... dgn cara yg halal... tuggu saya ya bidadari... saya sentiasa ada untuk awak... bersama awak... jadi kekuatan n jatuh bangun awak saya x kan sesekali lepaskan pegangan tgn awak! dgn izin ALLAH saya janji! HANYA AWAK!!!